Majlis Solat Hajat (Jalinan Kasih Restu Ilmu) & Perkampungan Ilmu kali kedua

Pada cuti sekolah yang lepas,pelajar tingkatan 3,5 dan 6 telah mengikuti perkampungan ilmu buat kali yang kedua. Program ini dijalankan di SMKA Maahad Hamidiah. Ia dijalankan selama 4 hari buat pelajar tingkatan 3 dan 5 hari buat pelajar tingkatan 5 dan 6. Perkampungan ilmu ini merupakan salah satu usaha yang diambil oleh pihak sekolah untuk menggilap kecemrlangan para pelajar. Tambahan lagi, para pelajar diberi pendedahan mengenai teknik teknik menjawab soalan.Semoga para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan akan berjaya dan mengharumkan nama Maahad Hamidiah dengan pencapaian yang cermerlang.

Lawatan PRS ke Terengganu




Pada 17 hingga 19 April 2009, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan lawatan ke Terengganu bersama Badan Pembimbing Rakan Sebaya SMKA Maahad Hamidiah. Rombongan telah bertolak dari perkarangan sekolah pada pukul 10 malam dan tiba di Masjid Terapung, Terengganu pada pukul 5.30 pagi.

Aktiviti bermula dengan sarapan pagi di sekitar Masjid Terapung. Kemudian, lawatan diteruskan ke muzium terengganu .Di sana kami melihat sejarah mengenai Negeri Terengganu.Kami teruskan rombongan kami ke destinasi seterusnya iaitu Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu.Aktiviti kami disana ialah melihat model masjid yang terkenal yang terdapat di seluruh dunia. Selepas itu,kami menjamu selera hidangan tengahari di Medan Selera Taman Tamadun Islam.Selepas penat melawat tempat-tempat menarik, kami daftar masuk ke rumah penginapan untuk menunaikan solat zuhur. Kami teruskan lawatan kami ke Pasar Payang, Terengganu. Kami habiskan membeli-belah kami pada pukul 5 petang. Selepas itu, kami ke Pantai Batu Burok untuk melaksanakan pertandingan istana pasir tetapi malangnya petang itu hujan turun sangat lebat. Terpaksalah kami mengubah destinasi ke Masjid Kristal untuk melihat keindahan binaan islam. Kami disana sehingga 7 petang dan kami terus pergi ke Restoran Jus Gelas besar yang terletak di Teluk Ketapang untuk jamuan makan malam. Pelajar putera PRS telah mencuba keindahan jus gelas besar. Selepas kami habis makan, kami melaksanakn satu lagi pertandingan. Kami telah 'order' jus gelas paling besar dan kami habiskannya bersama-sama. Kemudian, kami pulang ke rumah penginapan kira-kira pukul 9.00 malam. Keesokan harinya, selepas sarapan kami terus ke rumah anak yatim di Teluk Ketapang. Di sana, kami membuat sedikit kerja amal dan menyerahkan sedikit sumbangan yang dikutip di sekolah. Pada pukul 12.00 tengahari, kami menjamu makan tengahari disitu juga dan pulang pada pukul 1.00 petang. Sebelum kami meninggalkan Terengganu, kami singgah di kedai keropok lekor dan kami tiba di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang pada pukul 10.30 malam.

Perkampungan Ilmu

latihan dalam kumpulan

kelas tambahan
program cara-cara menjawab soalan SPM


Latihan dalam kumpulan

Pada cuti sekolah yang lalu, telah diadakan Perkampungan Ilmu bagi murid-murid kelas peperiksaan. Ia telah dijalankan di ILIM bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas dan Tingkatan 3 di SMKA Maahad Hamidiah.
Perkampungan ilmu ini dimulakan dengan Majlis Restu Ilmu. Ia di barakahi dengan bacaan Yaasin dan Solat Hajat. Kemudian di selingan dengan ceramah oleh YDP PIBG.
Ia dijalankan selama seminggu. Dalam tempoh tersebut, murid-murid diberi pendedahan dengan cara-cara menjawab peperiksaan, latihan bertubi-tubi dan sebagainya.
Diharap dengan program seperti ini, akan menambahkan lagi keyakinan murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam PMR, SPM dan STPM.











Maklumat Kerjaya

pemeriksaan gigi


mahasiswi USIM


pelajar tingkatan 4

Satu program mengenai kerjaya telah diadakan. Antara pelajar yang terlibat ialah semua pelajar Menengah Atas iaitu Tingkatan 4, 5 dan 6 Atas. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid murid mengenai kerjaya mereka di masa hadapan.
Pihak sekolah telah menjemput mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Sains Islam untuk memberi taklimat mengenai kerjaya sebagai Doktor Gigi atau lebih dikenali sebagai Dentist.
Sepanjang program pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya Taklimat kerjaya, cara-cara penjagaan gigi, pemeriksaan gigi dan sebagainya.









Abi wa Umi

ikrar pelajar


penyerahan Mentor dan Mentee


Program Abi wa Umi atau lebih dikenali sebagai Mentor Mentee telah dijalankan pada pertengahan Mac yang lalu. Antara mereka yang terlibat ialah Pelajar-pelajar Tingkatan 3,5 dan 6 dan semua Guru-guru SMKA Maahad Hamidiah.
Program ini dijalankan untuk membantu para pelajar yang bakal mengahadapi peperiksaan awam mendapat persediaan yang rapi. Selain itu, mereka juga dapat dibimbing dan diberi tunjuk ajar oleh mentor masing-masing. Mentor dianggap sebagai ibu bapa kedua mereka di sekolah. Perjumpaan Mentor dan Mentee akan diadakan setiap bulan.
Disamping itu, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik para pelajar dengan guru-guru. Sehubungan itu, Insha-Allah murid-murid akan dapat keberkatan dalam menuntut ilmu.








 

PRS SMKA Maahad Hamidiah | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates