
Pada 17 hingga 19 April 2009, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan lawatan ke Terengganu bersama Badan Pembimbing Rakan Sebaya SMKA Maahad Hamidiah. Rombongan telah bertolak dari perkarangan sekolah pada pukul 10 malam dan tiba di Masjid Terapung, Terengganu pada pukul 5.30 pagi.
Aktiviti bermula dengan sarapan pagi di sekitar Masjid Terapung. Kemudian, lawatan diteruskan ke muzium terengganu .Di sana kami melihat sejarah mengenai Negeri Terengganu.Kami teruskan rombongan kami ke destinasi seterusnya iaitu Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu.Aktiviti kami disana ialah melihat model masjid yang terkenal yang terdapat di seluruh dunia. Selepas itu,kami menjamu selera hidangan tengahari di Medan Selera Taman Tamadun Islam.Selepas penat melawat tempat-tempat menarik, kami daftar masuk ke rumah penginapan untuk menunaikan solat zuhur. Kami teruskan lawatan kami ke Pasar Payang, Terengganu. Kami habiskan membeli-belah kami pada pukul 5 petang. Selepas itu, kami ke Pantai Batu Burok untuk melaksanakan pertandingan istana pasir tetapi malangnya petang itu hujan turun sangat lebat. Terpaksalah kami mengubah destinasi ke Masjid Kristal untuk melihat keindahan binaan islam. Kami disana sehingga 7 petang dan kami terus pergi ke Restoran Jus Gelas besar yang terletak di Teluk Ketapang untuk jamuan makan malam. Pelajar putera PRS telah mencuba keindahan jus gelas besar. Selepas kami habis makan, kami melaksanakn satu lagi pertandingan. Kami telah 'order' jus gelas paling besar dan kami habiskannya bersama-sama. Kemudian, kami pulang ke rumah penginapan kira-kira pukul 9.00 malam. Keesokan harinya, selepas sarapan kami terus ke rumah anak yatim di Teluk Ketapang. Di sana, kami membuat sedikit kerja amal dan menyerahkan sedikit sumbangan yang dikutip di sekolah. Pada pukul 12.00 tengahari, kami menjamu makan tengahari disitu juga dan pulang pada pukul 1.00 petang. Sebelum kami meninggalkan Terengganu, kami singgah di kedai keropok lekor dan kami tiba di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang pada pukul 10.30 malam.