Latihan dalam kumpulan
Perkampungan Ilmu
Latihan dalam kumpulan
Maklumat Kerjaya
Abi wa Umi
Kem kepimpinan Badan Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Exco Asrama

Satu program telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Program tersebut ialah Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Exco Asrama yang bertujuan memberi didikan kepimpinan agar mereka dapat menjadi pemimpin yang lebih berwibawa dan berkualiti. Ia dijalankan selama 3 hari 2 malam. Semoga saf kepimpinan dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya demi agama, bangsa dan negara. Insha-Allah.
Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
Kempen ini telah dirasmikan oleh Pengetua sebagai salah satu cara untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap murid. Pelbagai cara telah diadakan antaranya ialah Tabung Derma Palestin, Ifsya’ Salam wa Kalimah Thaiyibah, Program MISKAT, dan sebagainya.
Tabung Derma Palestin telah diedarkan ke setiap kelas dan ceramah berkaitan Palestin telah disampaikan oleh wakim Jemaah Islam Malaysia. Tujuan Program Cakna Palestin dilaksanakan adalah untuk memupuk sikap cinta akan saudara sesama Islam dalam kalangan pelajar Maahad Hamidiah dan sekali gus menanam azam dalam diri pelajar untuk berusaha dan belajar bersungguh bagi memartabatkan Islam di mata dunia.
Watikah Perlantikan Barisan Kepimpinan
Warkah Pelantikan bagi Badan-Badan Kepimpinan telah diadakan di Dewan as-Syafie pada 4 Februari 2009. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMKA Maahad Hamidiah.
Ketua bagi Badan-Badan Kepimpinan Sekolah adalah seperti berikut ;
Pengawas : Muhammad Fakhry bin Fauzi
Exco : Muhammad Azfar bin Hamzah
Badan Dakwah dan Rohani : Ahmad Naqiudddin bin Husin
Pengawas Pusat Sumber : Muhammad Afiq bin Rahim
Pembimbing Rakan Sebaya : Ahmad Zaki bin Yusof
Pengawas Koperasi : Muiz bin
Pihak sekolah telah bersepakat untuk memilih Muhammad Rifqi bin Satari sebagai Ketua Umum manakala Nur Fatin Filzati binti Mahmud sebagai Penolong Ketua Umum.
Majlis ini diakhiri dengan ikrar badan kepimpinan.
Semoga mereka dapat menjalankan tugas dan amanat dengan sebaik mungkin agar Maahad Hamidiah mencapai kecemerlangan.
Minggu Anti Rokok


Mahabbah wa Sakinah
Program ini adalah kerjasama bersama Tingkatan 5. Seorang senior telah diamanahkan untuk membimbing 2 orang pelajar junior yang terdiri pelajar Tingkatan 1 dan 2. Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara mereka dan mengurangkan sikap assobiyah sesama mereka. Program ini akan berlangsung sehingga hujung tahun.
Minggu Haluan Pelajar
Minggu Haluan Pelajar bagi Tingkatan 4 telah dijalankan dari 10 hingga 16 Januari 2009 bertujuan untuk membimbing pelajar-pelajar Tingkatan lepasan PMR dalam membuat keputusan untuk memilih aliran. Hal ini penting supaya mereka dapat menetapkan cita-cita untuk menjadi manusia yang berguna.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ‘ice breaking’, treasure hunt, eksplorace, Latihan dalam Kumpulan, Malam Sakaratul Maut dan Sembelihan Burung Puyuh.
Selain itu, program ini turut mendedahkan pelajar kepada dunia kepimpinan supaya mereka dapat menjadi pemimpin bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada dunia sejagat selaras dengan moto ‘Sedia Dipimpin Untuk Memimpin’.
Tarbiyah wal Qiadah
Pada 8 hingga 14 Januari 2009, sempena kemasukkan pelajar-pelajar Tingkatan 1,Program Tarbiyah wal Qiadah telah diadakan sebagai pengenalan kepada
pelajar-pelajar Tingkatan 1 tentang kehidupan, disiplin dan bi’ah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Yunus selaku Pengetua dan telah dikendalikan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 sebagai fasilitator.
Objektif dominan program ini diadakan adalah untuk mentarbiyah adik-adik supaya dapat menjadi insan yang rabbani selaras dengan misi dan visi sekolah sekali gus melahirkan generasi madani. Insha-Allah.
Rancangan Tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling
RANCANGAN TAHUNAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMKA MAAHAD HAMIDIAH, KAJANG
TAHUN 2009
MASA | PROGRAM | MATLAMAT | SASARAN | PERSONALIA | PROSEDUR | CATATAN | |
JAN | 1. Program Maju Diri (PMD) Mg. Anti Buli -Orientasi Sekolah & Asrama – Minggu Tarbiah Wal Qiadah / Minggu Anti Buli 2.Sebaran Maklumat 3. Minggu Haluan Pelajar PMD Tgkt 4- Pemilihan Aliran Sains atau Sastera 4. PMD Tgk 2,3,5 & 6 Atas 5. Maklumat Kerjaya & Ujian Minat 6. Pendedahan Sebagai Urusetia / Fasilitator | 1. Meningkatkan motivasi dan pemaham diri. -Suai diri / Isu semasa 2. Maklumat mata pelajaran & disiplin serta kokurikulum 3. Pengkhususan ke arah kerjaya & Reorientasi peraturan sekolah 4. Pemantapan sahsiah dan akademik 5.Mengenali diri & Minat Kerjaya 6. Mengendalikan program orientasi | 1. JK HEM / UBK & Asrama 2. JK HEM /UBK/ Kurikulum / Kokurikulum 3. JK Kuri/HEM/ Koku /UBK 4. Guru-guru & GBKSM 5. GBKSM 6. JK HEM / UBK | RM 1 500 RM 50 RM 900 RM 900 RM 50 RM 100 | 1.Modul JPNS/ - Kelompok Bimbingan 2. Ucapan/Ceramah Edaran Maklumat 3.Ucapan/ Ceramah 4. Modul JPNS/ Ceramah 5. Ujian Personaliti 6. Membina bahan bimbingan | *Modul PMD *Kelompok Bimbingan *Kaunseling Kelompok * Kaunseling Individu * Bengkel- Bengkel * Kaunseling Kerjaya | |
FEB | 1. Watiqah Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2. Kursus PRS 3.Penyerahan Mentor- Mentee dan Majlis Ikrar Pelajar Tingkatan 3, 5 & 6 Atas 4. Program Sekolah Selamat - Kawat Kebakaran
5. Kursus Pengawas/ BADAR 6. Kursus Kepimpinan Organisasi 7. Minggu Anti Merokok | 1.Pemantapan sahsiah 2. Kemahiran-kemahiran PRS 3. Pendekatan untuk peningkatan sahsiah dan akademik serta kokurikulum 4.Mengenalipasti laluan & Latihan Laluan Kebakaran serta Langkah- LangkahKeselamatan 5. Keterampilan diri, Kemahiran Komukasi dan Ciri-Ciri Kepimpinan 6. Pengurusan organisasi yang bersistematik. 7. Mewujudkan situasi dan kesedaran bahayanya merokok di kalangan warga sekolah | SMKA Maahad Hamidiah 5. Semua Pengawas & BADAR 6. Pengerusi, S/U & Bendahari 7. Semua warga sekolah | 1. UBK 2. UBK 3. JK Kurikulum/ HEM / Koku JK HEM/ Asrama/ UBK JK HEM/UBK JK Kokurikulum/ UBK 1. JK HEM/ UBK | RM 100 RM 1 800 RM 300 RM 100 RM 2 000 RM 4 000 RM 500 | 1. Sijil Watikah Ikrar PRS 2. LDK Aktiviti Luar 3.Penyerahan ahli & Ikrar Pelajar 4. Kawat Kebakaran 5. Kemahiran Kepimpinan 6. Kemahiran Mengurus Organisasi | Etika PRS Kemahiran- Kemahiran PRS Bimbingan Kelompok Ceramah Bomba LDK/ Ceramah Ceramah / LDK |
MAC | 1. Perjumpaan Rasmi Program Kali Pertama 2. Majlis Jalinan Kasih Restu Ilmu 1(Solat Hajat) 3. Perkampungan Ilmu (1) | 1. Pendekatan untuk peningkatan sahsiah dan akademik serta kokurikulum 2. Membentuk penghayatan hidup dgn Banyak memohon pada Allah & Membina ukhwah Islamiah 3. Motivasi dan memantapkan kecemerlangan akademik | 1.Semua pelajar Tgk 3,5 & 6 Atas 2. Semua pelajar Tgk 3,5 & 6 Atas 3. Semua pelajar Tgk 3,5 & 6 Atas | 1. JK KU / HEM/ KOKU/ UBK 2. JK HEM/ Asrama 3. JK KU/ HEM/UBK | RM 400 RM 100 RM 1500 | 1. Perancangan Perjumpaan 2. Solat hajat/ Ucapan 3.Kelas Tambahan | Kelompok Bimbingan Bimbingan Kelompok Bimbingan |
APRIL | 1. Kursus Kepimpinan Remaja Islam | 1.Pembentukan sahsiah dan Kepimpinan Islam | 1. Semua pelajar Tingkatan 4 | 1. JK HEM/UBK | RM 16 000 | 1. LDK / Ceramah/ Aktiviti Luar | Bimbingan Pelajar |
MEI | 1. Kursus Dalaman Bimbingan & Kaunseling 2. Majlis Jalinan Kasih Restu Ilmu 2(Solat Hajat) 3. Perkampungan Ilmu (2) 4.Perkembangan Staff | 1. Memantapkan Profesionalme Perguruan 2. Membentuk penghayatan hidup dgn Banyak memohon pada Allah & Membina ukhwah Islamiah 3. Motivasi dan memantapkan kecemerlangan akademik 4.Meningkatkan Self – Esteem / Keyakinan diri | 1. Guru-Guru & Kakitangan 2. Semua pelajar Tgk 3,5 & 6 Atas 3. Semua pelajar Tgk 3,5 & 6 Atas 4. Semua warga sekolah | 1. Pengurusan &UBK 2. JK HEM/ Asrama 3. JK KU/ HEM/UBK 4. Pengurusan / UBK | RM 5 000 RM 100 RM 1500 RM 6000 | 1.Ceramah & Bengkel 2. Solat hajat/ Ucapan 3.Kelas Tambahan 4. Motivasi | Kelompok Bimbingan Bimbingan Kelompok Bimbingan Bimbingan Staff |
JUN | 1. Pertandingan Kerjaya PPDHL & Seterusnya 2. Kem SOLEH 7 3. Hari Temu Mesra | 1. Mengcungkil bakat pelajar dalam Bidang sketsa, kuiz, kiosk, folio, Poster, media maklumat, dan kain rentang 2. Kemahiran kepimpinan dan Pembentukan sahsiah 3. Mengenalpasti tahap pencapaian Akademik, sahsiah dan kokurikulum | 1. Kelab Kerjaya Pelajar-pelajar SMKA MH 2. Pelajar Tgk 2 3. Semua Tingkatan | 1. JK KU / HEM/ KOKU/ UBK 2. JK KU / HEM/ KOKU/ UBK 3.JK KU/HEM/ KOKU/ UBK | RM 800 RM 4 000 RM 100 | 1.Sketsa, kuiz, kiosk, folio, Poster, media maklumat, dan kain rentang 2.LDK/Motivasi 3.Perbincangan | Kaunseling Kerjaya Bimbingan Bimbingan Pelajar Bimbingan Pelajar |
JULAI | 1.Perjumpaan Rasmi Program Kali Ke Dua 2.Minggu Anti Dadah 3. Kecemerlangan Kimia Dan Fizik | 1. Pendekatan untuk peningkatan sahsiah dan akademik serta kokurikulum 2. Pendedahan bahayanya dadah Secara menyeluruh 3. Memantapkan kecemerlangan Saubjek Kimia dan Fizik | 1.Tgk 3,5 & 6 Atas 2.Semua warga SMKA MH 3.Tingkatan 5 | 1. JK KU / HEM/ KOKU/ UBK 2. JK HEM/UBK 3. JK KU/UBK | RM - RM 500 RM 400 | 1.Memantau Peningkatan Akademik dan Sahsiah 2.5 Minit Anti Dadah 3. Teknik menjawab soalan | Kelompok Bimbingan Kelompok Bimbingan Ceramah / Bengkel |
OGOS | 1. Majlis Jalinan Kasih Restu Ilmu 3(Solat Hajat) 2. Perkampungan Ilmu (3) | 1. Membentuk penghayatan hidup dgn Banyak memohon pada Allah & Membina ukhwah Islamiah 2. Motivasi dan memantapkan kecemerlangan akademik | 1. Semua pelajar Tgk 3,5 & 6 Atas 2. Semua pelajar Tgk 3,5 & 6 Atas | 1. Semua pelajar Tgk 3,5 & 6 Atas 2. Semua pelajar Tgk 3,5 & 6 Atas | RM 200 RM 1500 \ | 2. Solat hajat/ Ucapan 3.Kelas Tambahan | Bimbingan Kelompok Bimbingan |
SEPT | 1. Sebaran Maklumat Peluang Belajar Lepasan SPM dan STPM 2. Pemilihan PRS, Pengawas & BADAR 2009 3. Sebaran maklumat Peluang belajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). | 1. Mendapatkan maklumat semasa, Prosedur permohonan Martikulasi dan penempatan IPTA dan di Luar Negara. 2.Mengenalpasti dan memilih PRS, Pengawas & BADAR 3. Maklumat semasa penempatan Di SBP selepas PMR. | 1. Pelajar Tgk 5 & 6 Atas 2. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 -6 3. Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 | UBK JK HEM/ Warden/ UBK UBK | RM 100 RM 50 RM 100 | 1. Ceramah 2. Temuduga Penilaian 3. On line berpusat | Bimbingan Pelajar Kelompok Bimbingan Bimbingan Pelajar |
OKT | 1. Program Selepas PMR | 1. Membantu pelajar memahami visi dan misi hidup, memupuk kefahaman pelajar tentang hidup yang sihat. | 1. Tingkatan 3 | JK KU/HEM / KOKU/ UBK | RM 100 | 1. Tayangan CD, Permainan, Seni, Pend Islam Ceramah | Bimbingan Pelajar |
NOV | 1. Restu Kasih Ilmu 2. Sebaran Maklumat Kerjaya | 1. Memohon maaf dan restu ilmu dari Guru-guru dan warga SMKA MH 2. Memantapkan akademik | 1. Tingkatan 3,5 & 6 Atas 2.Tingkatan 5 & 6 Atas | JK KU / HEM JK KU / HEM | Tiada Tiada | 1. Perjumpaan Rasmi 2. Bimbingan Kerjaya | Bimbingan Pelajar Bimbingan Pelajar |
DIS | 1. Perancangan Aktiviti Tahunan 2008 | 1. Melaksanakan program dengan Perancangan yang terancang. | 1. Semua pelajar | UBK | Tiada | 1. Takwim | Rujukan |