Kempen ini telah dirasmikan oleh Pengetua sebagai salah satu cara untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap murid. Pelbagai cara telah diadakan antaranya ialah Tabung Derma Palestin, Ifsya’ Salam wa Kalimah Thaiyibah, Program MISKAT, dan sebagainya.
Tabung Derma Palestin telah diedarkan ke setiap kelas dan ceramah berkaitan Palestin telah disampaikan oleh wakim Jemaah Islam Malaysia. Tujuan Program Cakna Palestin dilaksanakan adalah untuk memupuk sikap cinta akan saudara sesama Islam dalam kalangan pelajar Maahad Hamidiah dan sekali gus menanam azam dalam diri pelajar untuk berusaha dan belajar bersungguh bagi memartabatkan Islam di mata dunia.