Pada cuti sekolah yang lepas,pelajar tingkatan 3,5 dan 6 telah mengikuti perkampungan ilmu buat kali yang kedua. Program ini dijalankan di SMKA Maahad Hamidiah. Ia dijalankan selama 4 hari buat pelajar tingkatan 3 dan 5 hari buat pelajar tingkatan 5 dan 6. Perkampungan ilmu ini merupakan salah satu usaha yang diambil oleh pihak sekolah untuk menggilap kecemrlangan para pelajar. Tambahan lagi, para pelajar diberi pendedahan mengenai teknik teknik menjawab soalan.Semoga para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan akan berjaya dan mengharumkan nama Maahad Hamidiah dengan pencapaian yang cermerlang.
Lawatan PRS ke Terengganu
-

Pada 17 hingga 19 April 2009, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan lawatan ke Terengganu bersama Badan Pembimbing Rakan Sebaya SMKA Maahad Hamidiah. Rombongan telah bertolak dari perkarangan sekolah pada pukul 10 malam dan tiba di Masjid Terapung, Terengganu pada pukul 5.30 pagi.
Aktiviti bermula dengan sarapan pagi di sekitar Masjid Terapung. Kemudian, lawatan diteruskan ke muzium terengganu .Di sana kami melihat sejarah mengenai Negeri Terengganu.Kami teruskan rombongan kami ke destinasi seterusnya iaitu Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu.Aktiviti kami disana ialah melihat model masjid yang terkenal yang terdapat di seluruh dunia. Selepas itu,kami menjamu selera hidangan tengahari di Medan Selera Taman Tamadun Islam.Selepas penat melawat tempat-tempat menarik, kami daftar masuk ke rumah penginapan untuk menunaikan solat zuhur. Kami teruskan lawatan kami ke Pasar Payang, Terengganu. Kami habiskan membeli-belah kami pada pukul 5 petang. Selepas itu, kami ke Pantai Batu Burok untuk melaksanakan pertandingan istana pasir tetapi malangnya petang itu hujan turun sangat lebat. Terpaksalah kami mengubah destinasi ke Masjid Kristal untuk melihat keindahan binaan islam. Kami disana sehingga 7 petang dan kami terus pergi ke Restoran Jus Gelas besar yang terletak di Teluk Ketapang untuk jamuan makan malam. Pelajar putera PRS telah mencuba keindahan jus gelas besar. Selepas kami habis makan, kami melaksanakn satu lagi pertandingan. Kami telah 'order' jus gelas paling besar dan kami habiskannya bersama-sama. Kemudian, kami pulang ke rumah penginapan kira-kira pukul 9.00 malam. Keesokan harinya, selepas sarapan kami terus ke rumah anak yatim di Teluk Ketapang. Di sana, kami membuat sedikit kerja amal dan menyerahkan sedikit sumbangan yang dikutip di sekolah. Pada pukul 12.00 tengahari, kami menjamu makan tengahari disitu juga dan pulang pada pukul 1.00 petang. Sebelum kami meninggalkan Terengganu, kami singgah di kedai keropok lekor dan kami tiba di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang pada pukul 10.30 malam.
Perkampungan Ilmu
-
kelas tambahan
Latihan dalam kumpulan
Pada cuti sekolah yang lalu, telah diadakan Perkampungan Ilmu bagi murid-murid kelas peperiksaan. Ia telah dijalankan di ILIM bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas dan Tingkatan 3 di SMKA Maahad Hamidiah.
Perkampungan ilmu ini dimulakan dengan Majlis Restu Ilmu. Ia di barakahi dengan bacaan Yaasin dan Solat Hajat. Kemudian di selingan dengan ceramah oleh YDP PIBG.
Ia dijalankan selama seminggu. Dalam tempoh tersebut, murid-murid diberi pendedahan dengan cara-cara menjawab peperiksaan, latihan bertubi-tubi dan sebagainya.
Diharap dengan program seperti ini, akan menambahkan lagi keyakinan murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam PMR, SPM dan STPM.
Maklumat Kerjaya
-
mahasiswi USIM
pelajar tingkatan 4
Satu program mengenai kerjaya telah diadakan. Antara pelajar yang terlibat ialah semua pelajar Menengah Atas iaitu Tingkatan 4, 5 dan 6 Atas. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid murid mengenai kerjaya mereka di masa hadapan.
Pihak sekolah telah menjemput mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Sains Islam untuk memberi taklimat mengenai kerjaya sebagai Doktor Gigi atau lebih dikenali sebagai Dentist.
Sepanjang program pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya Taklimat kerjaya, cara-cara penjagaan gigi, pemeriksaan gigi dan sebagainya.
Abi wa Umi
-
penyerahan Mentor dan Mentee
Program Abi wa Umi atau lebih dikenali sebagai Mentor Mentee telah dijalankan pada pertengahan Mac yang lalu. Antara mereka yang terlibat ialah Pelajar-pelajar Tingkatan 3,5 dan 6 dan semua Guru-guru SMKA Maahad Hamidiah.
Program ini dijalankan untuk membantu para pelajar yang bakal mengahadapi peperiksaan awam mendapat persediaan yang rapi. Selain itu, mereka juga dapat dibimbing dan diberi tunjuk ajar oleh mentor masing-masing. Mentor dianggap sebagai ibu bapa kedua mereka di sekolah. Perjumpaan Mentor dan Mentee akan diadakan setiap bulan.
Disamping itu, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik para pelajar dengan guru-guru. Sehubungan itu, Insha-Allah murid-murid akan dapat keberkatan dalam menuntut ilmu.
Kem kepimpinan Badan Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Exco Asrama
-

aktiviti di kem kepimpinan
Satu program telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Program tersebut ialah Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Exco Asrama yang bertujuan memberi didikan kepimpinan agar mereka dapat menjadi pemimpin yang lebih berwibawa dan berkualiti. Ia dijalankan selama 3 hari 2 malam. Semoga saf kepimpinan dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya demi agama, bangsa dan negara. Insha-Allah.
Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
-
Kempen ini telah dirasmikan oleh Pengetua sebagai salah satu cara untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap murid. Pelbagai cara telah diadakan antaranya ialah Tabung Derma Palestin, Ifsya’ Salam wa Kalimah Thaiyibah, Program MISKAT, dan sebagainya.
Tabung Derma Palestin telah diedarkan ke setiap kelas dan ceramah berkaitan Palestin telah disampaikan oleh wakim Jemaah Islam Malaysia. Tujuan Program Cakna Palestin dilaksanakan adalah untuk memupuk sikap cinta akan saudara sesama Islam dalam kalangan pelajar Maahad Hamidiah dan sekali gus menanam azam dalam diri pelajar untuk berusaha dan belajar bersungguh bagi memartabatkan Islam di mata dunia.
Watikah Perlantikan Barisan Kepimpinan
-
Warkah Pelantikan bagi Badan-Badan Kepimpinan telah diadakan di Dewan as-Syafie pada 4 Februari 2009. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMKA Maahad Hamidiah.
Ketua bagi Badan-Badan Kepimpinan Sekolah adalah seperti berikut ;
Pengawas : Muhammad Fakhry bin Fauzi
Exco : Muhammad Azfar bin Hamzah
Badan Dakwah dan Rohani : Ahmad Naqiudddin bin Husin
Pengawas Pusat Sumber : Muhammad Afiq bin Rahim
Pembimbing Rakan Sebaya : Ahmad Zaki bin Yusof
Pengawas Koperasi : Muiz bin
Pihak sekolah telah bersepakat untuk memilih Muhammad Rifqi bin Satari sebagai Ketua Umum manakala Nur Fatin Filzati binti Mahmud sebagai Penolong Ketua Umum.
Majlis ini diakhiri dengan ikrar badan kepimpinan.
Semoga mereka dapat menjalankan tugas dan amanat dengan sebaik mungkin agar Maahad Hamidiah mencapai kecemerlangan.
Minggu Anti Rokok
-
Seperti kebiasaan, Maahad Hamidiah telah mengadakan Kempen Anti Rokok. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai bahaya rokok dan keburukan merokok. Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan antaranya ialah ceramah kesan actesy kepada pelajar, borang kaji selidik dan macam-macam lagi.


Mahabbah wa Sakinah
-
Program ini adalah kerjasama bersama Tingkatan 5. Seorang senior telah diamanahkan untuk membimbing 2 orang pelajar junior yang terdiri pelajar Tingkatan 1 dan 2. Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara mereka dan mengurangkan sikap assobiyah sesama mereka. Program ini akan berlangsung sehingga hujung tahun.
Minggu Haluan Pelajar
-
Minggu Haluan Pelajar bagi Tingkatan 4 telah dijalankan dari 10 hingga 16 Januari 2009 bertujuan untuk membimbing pelajar-pelajar Tingkatan lepasan PMR dalam membuat keputusan untuk memilih aliran. Hal ini penting supaya mereka dapat menetapkan cita-cita untuk menjadi manusia yang berguna.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ‘ice breaking’, treasure hunt, eksplorace, Latihan dalam Kumpulan, Malam Sakaratul Maut dan Sembelihan Burung Puyuh.
Selain itu, program ini turut mendedahkan pelajar kepada dunia kepimpinan supaya mereka dapat menjadi pemimpin bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada dunia sejagat selaras dengan moto ‘Sedia Dipimpin Untuk Memimpin’.
Tarbiyah wal Qiadah
Labels:
Sekitar sekolah dan asrama
-
Pada 8 hingga 14 Januari 2009, sempena kemasukkan pelajar-pelajar Tingkatan 1,Program Tarbiyah wal Qiadah telah diadakan sebagai pengenalan kepada
pelajar-pelajar Tingkatan 1 tentang kehidupan, disiplin dan bi’ah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Yunus selaku Pengetua dan telah dikendalikan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 sebagai fasilitator.
Objektif dominan program ini diadakan adalah untuk mentarbiyah adik-adik supaya dapat menjadi insan yang rabbani selaras dengan misi dan visi sekolah sekali gus melahirkan generasi madani. Insha-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)